Saturday, August 30, 2008

MERDEKA DALAM SENI LUKIS


Dimanakah maruah kita dalam memartabatkan seni lukis Malaysia sehingga kita di himpit dengan pelbagai elemen budaya barat? Seperti kartun-kartun barat atau timur atau luar dari sempadan Malaysia? Catatan ini bukanlah untuk mecari permusuhan atau pergaduhan malah kita sebagai warga Malaysia haruslah memainkan peranan dalam apa jua bidang demi membangkitkan rasa cinta pada negara tanah tumpah air kita Malaysia.

Mahukah kita dijajah sekali lagi dengan mereka yang terlalu banyak membawa unsur-unsur barat dalam seni lukis? Seperti kartun Jepun,terlalu banyak sangat,saya ulangi TERLALU BANYAK SANGAT YANG MELAMPAU sehingga ada anak melayu kita sendiri terlalu mengagung-agungkan hasil kerja seni lukis dan animasi kartun yang seringkali disiarkan di kaca TV mahupun media cetak.

Dimanakah kehebatannya pelukis-pelukis tanah air kita jika mereka tidak dihargai sebegini rupa seperti mereka mengagung-agungkan hasil karya seni lukis atau seni grafik dari barat? Terlalu merendah dirikah pelukis-pelukis kita? Terlalu murahkan hasil karya mereka? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapakah yang menjadi punca penyebabnya? Cuba tanya pada diri sendiri khusus nya peminat seni lukis tanah air kita,apa kah sumbangan kita pada negara dan pada hasil seni tulen karya seni lukis kita yang sememangnya melambangkan tanah air kita Malaysia? MERDEKA kah kita dengan kemasukan dan kemahsyuran hasil seni lukis dari negara-negara barat atau negara-negara luar? Kenapa kita terlalu memuja Picaso? kenapa kita terlalu memuja potret senyuman Monalisa yang termasyhur itu? Kenapa kita atau setenga-setengah rakyat Malaysia sanggup membeli dengan harga yang begitu tinggi untuk membeli potret atau seni lukis dari pelukis-pelukis luar negara?

Itu terlalu menampakkan kita sebagai pelukis Malaysia seolah-olah tidak punya harga diri,tidak berprinsip dan terlalu bergantung pada ideologi-ideologi dari negara luar.Cuba kita renungkan kembali kata-kata keramat yang pernah di hujah oleh tokoh-tokoh seni lukis tanah air kita terdahulu,"...bila terbentangnya itu putih,maka warnainya dengan pancaindera dari asal-usul kita...". Jawapannya jelas dan nyata disitu,tiada lagi isi tersirat dan tersurat yang perlu di rungkaikan dengan panjang lebar lagi.

Jika kalian semua (pencinta seni lukis) mampu melakukan perubahan,maka berubahlah dan bangkitkan kesedaran dalam diri masing-masing. Bangkitkan semangat kemerdekaan anda dalam hasil karya anda tidak kiralah sama ada anda seorang kartunis,pelukis potret atau apa saja yang sewaktu dengannya. Malaysia hak kita,gegarkan seni lukis dengan identiti Malaysia kita. Kita masih hebat seperti dahulu, cuma yang membangkitkan rasa hebat pada tanah air kita ialah kita semua wahai sahabatku..jadikan perkataan MERDEKA dan MALAYSIA BOLEH adalah kata-kata keramat yang paling besar nilai perpaduan untuk kita semua.