Saturday, August 30, 2008

MERDEKA DALAM SENI LUKIS


Dimanakah maruah kita dalam memartabatkan seni lukis Malaysia sehingga kita di himpit dengan pelbagai elemen budaya barat? Seperti kartun-kartun barat atau timur atau luar dari sempadan Malaysia? Catatan ini bukanlah untuk mecari permusuhan atau pergaduhan malah kita sebagai warga Malaysia haruslah memainkan peranan dalam apa jua bidang demi membangkitkan rasa cinta pada negara tanah tumpah air kita Malaysia.

Mahukah kita dijajah sekali lagi dengan mereka yang terlalu banyak membawa unsur-unsur barat dalam seni lukis? Seperti kartun Jepun,terlalu banyak sangat,saya ulangi TERLALU BANYAK SANGAT YANG MELAMPAU sehingga ada anak melayu kita sendiri terlalu mengagung-agungkan hasil kerja seni lukis dan animasi kartun yang seringkali disiarkan di kaca TV mahupun media cetak.

Dimanakah kehebatannya pelukis-pelukis tanah air kita jika mereka tidak dihargai sebegini rupa seperti mereka mengagung-agungkan hasil karya seni lukis atau seni grafik dari barat? Terlalu merendah dirikah pelukis-pelukis kita? Terlalu murahkan hasil karya mereka? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapakah yang menjadi punca penyebabnya? Cuba tanya pada diri sendiri khusus nya peminat seni lukis tanah air kita,apa kah sumbangan kita pada negara dan pada hasil seni tulen karya seni lukis kita yang sememangnya melambangkan tanah air kita Malaysia? MERDEKA kah kita dengan kemasukan dan kemahsyuran hasil seni lukis dari negara-negara barat atau negara-negara luar? Kenapa kita terlalu memuja Picaso? kenapa kita terlalu memuja potret senyuman Monalisa yang termasyhur itu? Kenapa kita atau setenga-setengah rakyat Malaysia sanggup membeli dengan harga yang begitu tinggi untuk membeli potret atau seni lukis dari pelukis-pelukis luar negara?

Itu terlalu menampakkan kita sebagai pelukis Malaysia seolah-olah tidak punya harga diri,tidak berprinsip dan terlalu bergantung pada ideologi-ideologi dari negara luar.Cuba kita renungkan kembali kata-kata keramat yang pernah di hujah oleh tokoh-tokoh seni lukis tanah air kita terdahulu,"...bila terbentangnya itu putih,maka warnainya dengan pancaindera dari asal-usul kita...". Jawapannya jelas dan nyata disitu,tiada lagi isi tersirat dan tersurat yang perlu di rungkaikan dengan panjang lebar lagi.

Jika kalian semua (pencinta seni lukis) mampu melakukan perubahan,maka berubahlah dan bangkitkan kesedaran dalam diri masing-masing. Bangkitkan semangat kemerdekaan anda dalam hasil karya anda tidak kiralah sama ada anda seorang kartunis,pelukis potret atau apa saja yang sewaktu dengannya. Malaysia hak kita,gegarkan seni lukis dengan identiti Malaysia kita. Kita masih hebat seperti dahulu, cuma yang membangkitkan rasa hebat pada tanah air kita ialah kita semua wahai sahabatku..jadikan perkataan MERDEKA dan MALAYSIA BOLEH adalah kata-kata keramat yang paling besar nilai perpaduan untuk kita semua.

Friday, August 29, 2008

LUKISANKU KEHIDUPANKU


Bila jari jemariku memegang pena, idea dikepala ku mula berfungsi dengan drastik tanpa segan silu memulakan satu sumber ilham yang mungkin orang lain kurang memahami dan aku terus menghabiskan hasil lukisan ku dengan selengkapnya.Masa selalu mengejar aku pada hari-hari yang terlalu singkat dan aku manfaatkannya sebanyak mungkin.Kehidupan ku sememangnya di utamakan pada pegangan agama dan selebihnya pada helaian-helaian putih yang terbentang di permukaan meja.Bukan kerana sedikit isian untuk poketku yang kosong namun dengan isian idea-idea ku yang semakin songsang dengan lebih mengutamakan benda-benda dan perkara-perkara yang yang penting yang bagiku amat remeh untuk dilaksanakan. Biarpun orang lain memandang kerja aku kerja berat dan kerja yang banyak membuang masa,itu cumalah pandangan mata kasar mereka kerana mereka tidak pernah cuba selami apa yang tersirat di sebalik kesedihan dan kesusahpayahan aku dalam mendapat kan sesuatu yang tidak ramai mampu lakukan. Bukan untuk mengejar yang paling utama,cukuplah sekadar pengisian bakat untuk diriku sendiri.Jika dihargai aku berterima kasih pada kalian semua. Aku tidak pernah meminta secebis peluang atau harapan, aku lakukan semua itu demi kehidupanku kerana LUKISANKU adalah KEHIDUPANKU.

Tuesday, August 26, 2008

SENILUKIS UNTUK DIRIKU


Sejak aku mula memegang pensel dan pemadam,habis kertas yang aku capai dekat rumah malah dinding juga jadi mangsa tangan vandalisme aku.Aku tak tahu apa-apa masa aku kecik,yang aku tahu aku rasa seronok bila buat contengan yang tah hapa-hapa kat dinding rumah dan kertas-kertas koyak rabak yang berselerakan diruang tamu rumah aku pada tahun 1987 suatu ketika dahulu. Bila aku besar sikit aku dah mula demand nak pakai water color PANDA yang kecik itu dan selalu beli dan hilang letak merata-rata.Kadang-kadang benda alah itu pun best jugak bila aku main picit-picit dan keluar macam ubat gigi dan mulai mearnai muka dan tangan aku seolah-olah anak Red Indian yang terlepas dari dakapan seorang ibunya dari sana.Bila aku besar lagi sikit,bagi aku lebih kepada penggunaan mata pensil sebab aku jatuh cinta dengan hasil seni halus lakaran hitam putih.Aku praktis tiap-tiap hari dirumah.Bosan pun kadang-kadang ada jugak tapi aku melukis jer.Bila pensel dan pemadam hilang dari pandangan mata aku dari atas dan bawah serta dalam laci meja,aku mula memekik dalam bilik sorang-sorang macam orang tengah berkawad.Aku malas nak cari,ada duit seringgit dua aku amik terus pergi beli.Kertas Drawing Block pun kadang-kadang hilang jugak,tu pun kena pegi beli lagi.Bila aku dah ada kelulusan Diploma dan Ijazah Grafik,aku dipaksa bekerja dengan bapak aku buat grafik untuk bisnes advertising beliau.Aku mula bosan tak keruan dan jadi malas sebab setiap kali buat bukan satu..malah satu kerja itu nberkali-kali aku buat disebabkan client dia yang macam sial itu selalu ubah headline dan tarikh serta gambar-gambar yang tah hapa-hapa.Bapak aku cakap "customers is always right".Ayat itu lah buat aku hilang sabar setiap masa.Alhamdulillah ALLAH swt masih panjang kan umur aku lagi dan aku mampu bangun tidur setiap kali aku bangkit dari lena yang panjang setiap malam.Aku mula mengerti kerja aku sebagai seorang pelukis hanya sebagai hobi dan masih belum bersedia untuk di komersilkan lagi walaupun wahlhalnya ramai yang berkata pada aku,"ABE,you got maximum package to become the greatest artist of fine art!".Ayat yang buat aku berkobar-kobar dan semangat aku makin kencang,aku mula melukis kembali seperti anugerah yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa untuk aku teruskan tulang empat kerat aku ini meneruskan perjuangan aku untuk diri sendiri.