Sunday, January 3, 2010

KEHIDUPAN IMAGINASI

Karektor atau karikatur adalah 2 elemen sedikit berbeza dan alam ini jadi saksinya bagaikan pementasan lakonan kehidupan realiti manusia.Jalan ke sudut berbeza dan mempunyai hala tuju yang sama dapat memberi gambaran imaginasi yang jelas pada si pelukis atau penterjemah di hamparan putih untuk di curahkan serta di kongsi bersama umum kerana seni itu luas dan tidak terkumpul pada satu kelompok sahaja dan memainkan pelbagai peranan serta tanggungjawab walaupun ianya hanya lukisan semata-mata di mata sang peenatap dan bukannya pemerhati.Nukilan rasa jiwa tidak boleh di lontarkan melalui kata-kata jika ianya boleh menyakitkan hati orang lain dan ia hanya boleh dijelaskan pada hamparan putih itu saja sebagai satu simbolik dan ilmu kepada sang pemerhati yang peka dan faham apa paksud kehidupan imaginasi tersebut.

Saturday, January 2, 2010

KEGHAIRAHAN TAHUN BARU

Memulakan sesuatu yang telah lama ditinggalkan adalah sesuatu yang sangat2 menarik malah ia dapat membuatkan kita kembali ghairah untuk meneruskannya sehingga sampai satu peringkat kita tidak terdaya lagi utk melakukannya lagi.Jadi begitu juga dengan aku hanya sebagai anak seni yang dahagakan ilmu2 seni lukis yang ada disekeliling aku.Hanya peluang yang ada sahaja yang banyak membantu aku untuk aku bergerak ke satu tahap yang lebih tinggi sedikit bagi aku.Jika kalian semua punyai impian dan sudah punya kebolehan untuk impian kalian semua maka jangan sia-siakan nya sebaliknya ia boleh membantu kalian menjadikannya sumb er pendapatan sampingan atau menyeluruh.Mulakan azam baru dengan sesuatu yang menguntungkan,BUKANNYA merugikan.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2009...

Kadang2 hidup nie terlalu singkat jika kita sedari sambil melalui liku2 kehidupan yang bermacam2 masalah dan rintangan.Jadi jika tiada manusia hidup tanpa peperangan atau perkelahian maka itu bukan lah kehidupan,sebaliknya merampas kehidupan orang yang tidak berdosa.Masih ada lagi kah harapan buat saudara2 Islam kita disana? Masih adakah lagi kedamaian utk mereka? Hanya manusia sendiri yang mampu mengubah kehidupan mereka snediri dan apa yang mereka buat dan apa mereka dah lakukan.Oleh itu hanya manusia sesama manusia sahaja yang mampu lakukan dan sebagai hamba Allah juga kita semua tidak terlepas dari dugaanNya dan semua dugaanNya itu adalah di luar kawalan kita dan kita tidak mampu mengawal dugaanNya melainkan Allah.Sebagai tatapan memori dan kenangan masa2 lalu jaikan lah sebagai pengajaran dan bukannya dendam malah memperbaiki lebih baik dari memusnahkannya.