Sunday, December 7, 2008

HATIKEHATI SHOWCASE UNPLUGGED '08








Motif utama atau tujuan gig unplugged ini diadakan di Kota Bharu,Kelantan adalah bagi bertujuan untuk menghiburkan serta mendedahkan pada umum tentang band2 indie yang terdapat di Kelantan iaitu "muzik hiburan kelantan untuk anak-anak Kelantan". Lokasi bertempat di dewan serbaguna REAL 7 Futsal,Pasir Tumboh Kota Bharu pada 6 Disember 2008 lepas. Antara band2 indie yang membuat persembahan ialah DAISYHONEY,THE SILENT MELODY,BASO LAYE,BALADEWA KB,THE WANS, MIXOLYDIANS dan ramai lagi dan juga MISSING CHAPTER yang sepatutnya datang membuat persembahan terpaksa menarik diri atas disebabkan keadaan cuaca yang agak teruk semalam di Kelantan. Turut juga mendapat liputan luas oleh krew rancangan REMAJA TV3. Gig ini di turut dijaya kan oleh rakan2 artis yang lain serta organiser2 yang bertungkus lumus untuk melancarkan perjalanan gig pada hari itu.

Tuesday, November 18, 2008

KONSERT 3rd ANNIVERSARY FLY.FM



Bertempat di One Utama,aku dan member2 YT yang lain turun padang semata2 nak "head baging" dan menggila sam2. Haha...konsert free beb! saper tak nak tengok kan? Band lak
semua local2 yang famous dan agak "poyo" sedikit. Hehe, biasalah nak market stesen radio memang camtu. Banyak jugak band2 yang ada seperti Meet Uncle Hussain, One Buck Short, Bittersweet, Estranged dan Hujan. Semua yang datang stok2 dah expert kaki gig dah,berterabur masa tu lari lintang pukang tak cukup tanah..hahaha.Namun pada masa Meet Uncle Hussain ingin melabuhkan tirainya, tak semana2 ada babak2 dan adegan2 di sekitar crowd yang kurang menyenangkan. Biasa lah kes gaduh apa lagi kan...Aku nasib baik tak berangkut skali masa tu, kalau tak dengan aku-aku masak skali..hahahaha...Thanks a lot for all my YT friends Tasya,Bell,Burn,Shahrul,AJ,Mirul dan Bong. You all guys ROCK man!!

Monday, October 6, 2008

KB KIDS Seni Festival '08 DI KOTA BHARU KELANTAN



Terima kasih tak terhingga buat KB KIDS yang telah berjaya menganjurkan satu event yang selama ini sememangnya ditunggu2 dan diidam2kan oleh semua pencinta seni indie di Kelantan yang tercinta ini. Dengan penuh rasa bangga dan kesyukuran akhirnya semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau rusuhan atau segala halangan yang tidak diingini. Dengan berbekalkan semangat setiakawan dan saling tolong menolong sesama teman2 seperjuangan disini, kita sama2 berusaha merealisasikan acara2 yang seumpama ini seperti di tempat2 lain misalnya sebab selama ini di Kelantan sememangnya amat terkenal dengan "pemerintahan kuku besi" kerajaan disini dan amat tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan yang dianggap "zalim dan kejam" jika di fikirkan secara logik. Apa2 pun dengan ihsan kerajaan negeri yang sentiasa memahami kehendak muda - mudi dan para pencinta seni disini akhirnya kami dengan penuh rasa bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan negeri kerana sudi memberi sumbangan yang amat bererti buat golongan2 seperti kami. Semoga acara2 yang seumpama ini dapat di adakan lagi pada masa2 yang akan datang insyaallah jika di rancang dan diatur dalam mengikut prosedur yang betul dan di benarkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Tahniah dan Syabas buat KB KIDS kerana sudi menaja booth2 yang ada pada hari itu dan memberi komitment yang penuh bagi menjayakan acara ini. Kami di GOMOGiE! merasa sangat teruja dan ingin sentiasa "ringan tulang" menaja segala keperluan yang diperluakn oleh mereka.Terima Kasih sekali lagi :)


Monday, September 8, 2008

JUADAH BERBUKA DI KELANTAN


Bila masuk jer bulan puasa nie,banyak juadah yang begitu meriah di Kelantan. Mana tak nyer,sajian penuh enak utk berbuka nanti sememangnya dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu. Kadang-kadang tu aku nie jenis cerewet skit bab nak makan. Ye lah kan kat sini slalu time2 nak balik dari ofis tapau nasi kerabu bawak balik rumah.Jelira tak terhingga rasanya,hehe..maaf lah aku tau nie bulan puasa,maka terpaksalah control skit. Selalu pun paling jarang aku makan nasi kerabu sminggu skali jer. Sebab jimat satu,kat KL nasi kerabu satu bungkus sama telur masin baru RM2.50,kat Kelantan campur ikan goreng tepung sama keropok sama telur masin baru jer RM 3.00.Haha! Aku tak tipu beb! Buat apa aku nak tipu korang? Ni pun ikut pengalaman member aku bermalam di Kelantan masa 7 bulan yang lepas. Mmeber pun cam was-was jer nak keluarkan duit dalam kocek sebab takut aku "kencing" diorang. Aku buat rilek jer.Aku order untuk juadah berbuka aku sorang jer dekat 3 jenis makanan,kueh-mueh skit dan air tebu satu jug. Mmeber aku kelakar giler sampan nak kena berjimat kaw-kaw takut nanti lari bajet nak balik KL balik. Aku cakap kat diorang "jangan risau lah,korang jangan terkejut lak nanti kalau diorang bagi baki lebih...orang Kelantan nie bab bisnes memang sporting,tak macam orang kmeniaga kat KL...hahahah.." jangan marah yer pada orang KL semua.Ni memang benar berlaku di Kelantan tanah tumpah negeri aku sekarang.

Monday, September 1, 2008

SEJARAH SENI KHAT ISLAM (ISTIMEWA RAMADHAN)



"Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ‘seni khat’ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Selain penyampai mesej dakwah, khat juga merupakan jalan untuk merehat dan menajamkan minda, di samping sebagai jalan untuk mendapat rezeki.

Sungguhpun begitu, terdapat banyak lagi faedah sehingga pernah dinyatakan oleh seniman arab bahawa khat sebagai sebuah abstraksi, ilmi, falsafi dan seni.

Memandangkan tulisan-tulisan sebelum kemunculan khat Arab kebanyakannya dalam bentuk segi dan berpetak, sudah tentu khat Arab yang pertama terwaris adalah dari jenis keturunan yang serupa. Oleh itu, khat Arab dalam bentuk pertamanya adalah dari jenis Khat Kuufi Klasik dan Khat Hijaazi.

Sebelum kedatangan Islam, dunia penulisan Arab tidaklah serancak dengan zaman selepasnya kerana ia hanya tertumpu pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Khat kaum Nibti yang diwarisi oleh orang Arab hanya dipecah kepada dua bentuk sahaja iaitu Khat Kuufi dan Khat Jazm (Khat Hijaazi).

Setelah datangnya Islam, tabiat Islam itu sendiri yang sememangnya mengajak manusia kepada cintakan ilmu pengetahuan ditambah pula aktiviti pencatatan Wahyu Ilahi pada masa hayat Baginda S.A.W. telah menyemarakkan perkembangan khat Arab. Daripada khat Kuufi dan Hijaazi, ia terpecah kepada beberapa bentuk, antaranya Kuufi Masyaq, Kuufi Madani, Kuufi Basiit, khat Hijaazi Daarij dan khat Makki Madani. Pada zaman itu, kesemua jenis khat yang ada mempunyai ciri-ciri antaranya tidak bertitik, tidak berbaris dan penyusunan yang tidak teratur.

Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, khat Arab telah diperkembangkan kepada pelbagai bentuk dalam rumpun Kuufi seperti Kuufi Klasik, Shaami, Basri, Al-Asfaraaani, Al-Mash'ab, Al-Samni, Al-Qairamuuz dan lain-lain. Khat pada zaman ini lebih teratur walaupun tanpa bertitik dan berbaris.

Apabila Saidina Uthman R.A. mengisytiharkan pembukuan al-Qur’an, baginda memperkemas tanda dan perundangan dalam al-Qur’an yang dikenali sebagai Musyaf Uthmani. Dalam seni musyaf al-Qur’an, tulisan khat penting kerana merakamkan segala ayat Tuhan. Kegagalan menyalin al-Qur’an dengan khat yang baik, jelas, dan tepat bermakna tidak kesampaianlah maksud al-Qur’an dalam erti kata yang luas.

Bentuk tulisan khat ketika itu adalah khat Kuufi Klasik yang tidak bersambung dan mungkin sukar dibaca pada hari ini. Mengikut sejarah, penulisan khat ini dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, hasil ilham mimpi seorang sufi. Ia dinamakan Kuufi, iaitu tulisan yang tidak bercantum dan dinamakan sedemikian sebagai tanda penghargaan kepada bandar Kufah.

Gaya khat Kuufi digunakan selama lebih kurang tiga abad. Ketika ini, yang menguasai seni dalam al-Qur’an adalah kekuatan khatnya dan tidak pada hiasan yang terdapat pada jidar kepala sesuatu lembaran berhias. Lebih kurang pada kurun ke-4 Hijrah, khat Kuufi beransur-ansur digantikan oleh khat Naskh hingga kini. Khat Naskh melahirkan pelbagai gaya tulisan dengan diberi nama yang berlainan. Hal ini tidak pula bermakna bentuk seni khat lain tidak digunakan untuk menyalin ayat al-Qur’an. Antara bentuk khat termasuklah khat Nasta'iq di Parsi dan khat Sini di China. Seni khat yang lain seperti Thuluth, Muhaqqa, dan Rayhani digunakan pada tajuk surah sahaja. Kini, khat Naskh diterima sebagai bentuk tulisan baku dalam menyalin al-Qur’an. Seseorang yang arif tentang khat akan berasa kagum kerana pelbagai gaya khat dapat digunakan dalam hanya satu musyaf.

Zaman kerajaan Umawiyah telah menyaksikan pembangunan ketara seni khat Arab, antaranya kemunculan dua bentuk khat yang baru selepas Kuufi iaitu Khat Thuluth dan Khat Nasakh. Selain Khat Thuluth, terdapat khat-khat yang lain yang seakan-akan mirip dengan Khat Thuluth seperti Khat Toomar, Tauqi', Muhaqqiq, Thuluthain, Jalil, Musalsal dan sebagainya. Khat Nasakh pula muncul dari cabangan Khat Daarij semasa zaman permulaan Islam. Pada abad ini, seni khat menyaksikan banyak perubahan antaranya ialah peletakan sistem titik dan baris di samping kemunculan ramai pakar-pakar penulis khat, antaranya Imam Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Ibnu Hasan al-Maliih.

Tulisan khat terus berkembang pada zaman Kerajaan Abbasiyah, Fatimiyah dan Uthmaniyah. Sebagaimana ketiga-tiga zaman ini terkenal sebagai zaman kegemilangan peningkatan taraf ilmu, begitu juga berlaku kepada dunia Khat Arab. Dikatakan lebih daripada 50 cabangan Khat yang terhasil pada zaman ini yang dikembangkan melalui bentuk-bentuk yang lama. Antara bentuk baru yang muncul ialah Khaat Ta'liq dan Nasta'liq, Nasakh Badi', Khat Hazqaaj, pelbagai cabangan Kuufi dan sebagainya.

Pada kurun ke-10, seni khat tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan ini terdiri daripada beberapa jenis, iaitu khat Kuufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth dan Khat Riqa.

Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda dan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.

Mashaf-mashaf Uthmani pada waktu itu muncul dengan pelbagai rupa bentuk khat sementara penulis-penulis khat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di antara ketiga-tiga zaman ini, zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah zaman yang paling ketara dalam peningkatan seni khat di mana ia telah dieksploitkan sebagai bidang kesenian dan kecantikkan selain daripada penyampai maklumat.

Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, warisan seni khat yang kebanyakannya yang berpusat di Turki telah berpecah ke serata Tanah Arab. Akhirnya, tahun demi tahun, benluk-bentuk khat yang banyak tadi telah dihadkan kepada beberapa bentuk tertentu sahaja. Had ini dibuat bagi menetapkan jenis-jenis khat yang kemas teratur, cantik dan berseni untuk diguna pakai oleh masyarakat umum. Untuk itu, khat-khat yang kekal sehingga sekarang ialah Khat Thuluth, Nasakh, Farsi yang muncul dari cabangan Nasta'liq dan Kuufi, Diwaani yang muncul daripada Hazqaaj dan khat baru yang lain seperti khat Riq'ah, Ijazah dan yang terbaru seperti Khat Moden. Antara tokoh-tokoh khat zaman moden terkenal ialah Sheikh Abd. Aziz Al-Rifaaei (seorang ulama Islam yang faqih dari Turki), Hamid Aamidi (Turki), Mustafa Izzat (Turki), Said Ibrahim (Mesir), Mahmud Shahaat (Mesir), Hashim Muliammad (Baghdad) dan lain-lain.



Nota: Petikan Risalah Program
Pertandingan Tulisan Jawi & Khat
Sekolah Menengah Teknik Shah Alam pada 7 Julai 2005
anjuran Panitia Pendidikan Islam SMTSA
"

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA DALAM SENI LUKIS


Dimanakah maruah kita dalam memartabatkan seni lukis Malaysia sehingga kita di himpit dengan pelbagai elemen budaya barat? Seperti kartun-kartun barat atau timur atau luar dari sempadan Malaysia? Catatan ini bukanlah untuk mecari permusuhan atau pergaduhan malah kita sebagai warga Malaysia haruslah memainkan peranan dalam apa jua bidang demi membangkitkan rasa cinta pada negara tanah tumpah air kita Malaysia.

Mahukah kita dijajah sekali lagi dengan mereka yang terlalu banyak membawa unsur-unsur barat dalam seni lukis? Seperti kartun Jepun,terlalu banyak sangat,saya ulangi TERLALU BANYAK SANGAT YANG MELAMPAU sehingga ada anak melayu kita sendiri terlalu mengagung-agungkan hasil kerja seni lukis dan animasi kartun yang seringkali disiarkan di kaca TV mahupun media cetak.

Dimanakah kehebatannya pelukis-pelukis tanah air kita jika mereka tidak dihargai sebegini rupa seperti mereka mengagung-agungkan hasil karya seni lukis atau seni grafik dari barat? Terlalu merendah dirikah pelukis-pelukis kita? Terlalu murahkan hasil karya mereka? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapakah yang menjadi punca penyebabnya? Cuba tanya pada diri sendiri khusus nya peminat seni lukis tanah air kita,apa kah sumbangan kita pada negara dan pada hasil seni tulen karya seni lukis kita yang sememangnya melambangkan tanah air kita Malaysia? MERDEKA kah kita dengan kemasukan dan kemahsyuran hasil seni lukis dari negara-negara barat atau negara-negara luar? Kenapa kita terlalu memuja Picaso? kenapa kita terlalu memuja potret senyuman Monalisa yang termasyhur itu? Kenapa kita atau setenga-setengah rakyat Malaysia sanggup membeli dengan harga yang begitu tinggi untuk membeli potret atau seni lukis dari pelukis-pelukis luar negara?

Itu terlalu menampakkan kita sebagai pelukis Malaysia seolah-olah tidak punya harga diri,tidak berprinsip dan terlalu bergantung pada ideologi-ideologi dari negara luar.Cuba kita renungkan kembali kata-kata keramat yang pernah di hujah oleh tokoh-tokoh seni lukis tanah air kita terdahulu,"...bila terbentangnya itu putih,maka warnainya dengan pancaindera dari asal-usul kita...". Jawapannya jelas dan nyata disitu,tiada lagi isi tersirat dan tersurat yang perlu di rungkaikan dengan panjang lebar lagi.

Jika kalian semua (pencinta seni lukis) mampu melakukan perubahan,maka berubahlah dan bangkitkan kesedaran dalam diri masing-masing. Bangkitkan semangat kemerdekaan anda dalam hasil karya anda tidak kiralah sama ada anda seorang kartunis,pelukis potret atau apa saja yang sewaktu dengannya. Malaysia hak kita,gegarkan seni lukis dengan identiti Malaysia kita. Kita masih hebat seperti dahulu, cuma yang membangkitkan rasa hebat pada tanah air kita ialah kita semua wahai sahabatku..jadikan perkataan MERDEKA dan MALAYSIA BOLEH adalah kata-kata keramat yang paling besar nilai perpaduan untuk kita semua.

Friday, August 29, 2008

LUKISANKU KEHIDUPANKU


Bila jari jemariku memegang pena, idea dikepala ku mula berfungsi dengan drastik tanpa segan silu memulakan satu sumber ilham yang mungkin orang lain kurang memahami dan aku terus menghabiskan hasil lukisan ku dengan selengkapnya.Masa selalu mengejar aku pada hari-hari yang terlalu singkat dan aku manfaatkannya sebanyak mungkin.Kehidupan ku sememangnya di utamakan pada pegangan agama dan selebihnya pada helaian-helaian putih yang terbentang di permukaan meja.Bukan kerana sedikit isian untuk poketku yang kosong namun dengan isian idea-idea ku yang semakin songsang dengan lebih mengutamakan benda-benda dan perkara-perkara yang yang penting yang bagiku amat remeh untuk dilaksanakan. Biarpun orang lain memandang kerja aku kerja berat dan kerja yang banyak membuang masa,itu cumalah pandangan mata kasar mereka kerana mereka tidak pernah cuba selami apa yang tersirat di sebalik kesedihan dan kesusahpayahan aku dalam mendapat kan sesuatu yang tidak ramai mampu lakukan. Bukan untuk mengejar yang paling utama,cukuplah sekadar pengisian bakat untuk diriku sendiri.Jika dihargai aku berterima kasih pada kalian semua. Aku tidak pernah meminta secebis peluang atau harapan, aku lakukan semua itu demi kehidupanku kerana LUKISANKU adalah KEHIDUPANKU.

Tuesday, August 26, 2008

SENILUKIS UNTUK DIRIKU


Sejak aku mula memegang pensel dan pemadam,habis kertas yang aku capai dekat rumah malah dinding juga jadi mangsa tangan vandalisme aku.Aku tak tahu apa-apa masa aku kecik,yang aku tahu aku rasa seronok bila buat contengan yang tah hapa-hapa kat dinding rumah dan kertas-kertas koyak rabak yang berselerakan diruang tamu rumah aku pada tahun 1987 suatu ketika dahulu. Bila aku besar sikit aku dah mula demand nak pakai water color PANDA yang kecik itu dan selalu beli dan hilang letak merata-rata.Kadang-kadang benda alah itu pun best jugak bila aku main picit-picit dan keluar macam ubat gigi dan mulai mearnai muka dan tangan aku seolah-olah anak Red Indian yang terlepas dari dakapan seorang ibunya dari sana.Bila aku besar lagi sikit,bagi aku lebih kepada penggunaan mata pensil sebab aku jatuh cinta dengan hasil seni halus lakaran hitam putih.Aku praktis tiap-tiap hari dirumah.Bosan pun kadang-kadang ada jugak tapi aku melukis jer.Bila pensel dan pemadam hilang dari pandangan mata aku dari atas dan bawah serta dalam laci meja,aku mula memekik dalam bilik sorang-sorang macam orang tengah berkawad.Aku malas nak cari,ada duit seringgit dua aku amik terus pergi beli.Kertas Drawing Block pun kadang-kadang hilang jugak,tu pun kena pegi beli lagi.Bila aku dah ada kelulusan Diploma dan Ijazah Grafik,aku dipaksa bekerja dengan bapak aku buat grafik untuk bisnes advertising beliau.Aku mula bosan tak keruan dan jadi malas sebab setiap kali buat bukan satu..malah satu kerja itu nberkali-kali aku buat disebabkan client dia yang macam sial itu selalu ubah headline dan tarikh serta gambar-gambar yang tah hapa-hapa.Bapak aku cakap "customers is always right".Ayat itu lah buat aku hilang sabar setiap masa.Alhamdulillah ALLAH swt masih panjang kan umur aku lagi dan aku mampu bangun tidur setiap kali aku bangkit dari lena yang panjang setiap malam.Aku mula mengerti kerja aku sebagai seorang pelukis hanya sebagai hobi dan masih belum bersedia untuk di komersilkan lagi walaupun wahlhalnya ramai yang berkata pada aku,"ABE,you got maximum package to become the greatest artist of fine art!".Ayat yang buat aku berkobar-kobar dan semangat aku makin kencang,aku mula melukis kembali seperti anugerah yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa untuk aku teruskan tulang empat kerat aku ini meneruskan perjuangan aku untuk diri sendiri.