Wednesday, November 3, 2010

KERIANGAN KEMENANGAN PIALA MALAYSIA THE RED WARRIORS







Aku betul2 rasa terharu dan bangga atas kejayaan skuad negeri Kelate aku berjaya merampas Piala Malaysia dari N9 semasa perlawanan tamat di Bukit Jalil.Masa separuh masa kedua Kelantan mula bergerak aggresif dan tak habis2 bergasak utk merebut bola demi mencari 2 mata utk pasukan negeri aku.Akhirnya penantian selama 89 tahun (lama giler sial!!) berakhir sudah dan segala doa dan harapan rakyat Kelate akhirnya termakbul..
AKU BANGGA JADI RAKYAT KELANTAN! GOMO KELATE GOMO~!!!

Thursday, August 19, 2010

RAMADHAN KEMBALI LAGI...



Alhamdulillah kedatangan Ramadhan mengembalikan lagi penuh rasa keinsafan terhadap diri yang serba hina ini.Hari yang berlalu biarkanlah berlalu...Kenapa? Ye lah yang dah lepas memang dah jadi sejarah hidup kita...pandang ke depan..masa depan tidak tetap..amalan yang dibawa yang pasti kita bawa kesana.Bagi aku Ramadhan kali ini banyak beri aku dugaan dan cabaran dalam hidup..demi mencari nafkah utk keluarga dan diri sendiri...perit hanya Alalh saja yang tahu..tatkala senja berlabuh,maka santapan2 enak yang sedang menunggu utk dijamah dengan perut yang marah kelaparan...sambil menyuap sambil bersyukur dengan rezeki Allah yang telah Ia curahkan...

Sunday, January 3, 2010

KEHIDUPAN IMAGINASI

Karektor atau karikatur adalah 2 elemen sedikit berbeza dan alam ini jadi saksinya bagaikan pementasan lakonan kehidupan realiti manusia.Jalan ke sudut berbeza dan mempunyai hala tuju yang sama dapat memberi gambaran imaginasi yang jelas pada si pelukis atau penterjemah di hamparan putih untuk di curahkan serta di kongsi bersama umum kerana seni itu luas dan tidak terkumpul pada satu kelompok sahaja dan memainkan pelbagai peranan serta tanggungjawab walaupun ianya hanya lukisan semata-mata di mata sang peenatap dan bukannya pemerhati.Nukilan rasa jiwa tidak boleh di lontarkan melalui kata-kata jika ianya boleh menyakitkan hati orang lain dan ia hanya boleh dijelaskan pada hamparan putih itu saja sebagai satu simbolik dan ilmu kepada sang pemerhati yang peka dan faham apa paksud kehidupan imaginasi tersebut.

Saturday, January 2, 2010

KEGHAIRAHAN TAHUN BARU

Memulakan sesuatu yang telah lama ditinggalkan adalah sesuatu yang sangat2 menarik malah ia dapat membuatkan kita kembali ghairah untuk meneruskannya sehingga sampai satu peringkat kita tidak terdaya lagi utk melakukannya lagi.Jadi begitu juga dengan aku hanya sebagai anak seni yang dahagakan ilmu2 seni lukis yang ada disekeliling aku.Hanya peluang yang ada sahaja yang banyak membantu aku untuk aku bergerak ke satu tahap yang lebih tinggi sedikit bagi aku.Jika kalian semua punyai impian dan sudah punya kebolehan untuk impian kalian semua maka jangan sia-siakan nya sebaliknya ia boleh membantu kalian menjadikannya sumb er pendapatan sampingan atau menyeluruh.Mulakan azam baru dengan sesuatu yang menguntungkan,BUKANNYA merugikan.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2009...

Kadang2 hidup nie terlalu singkat jika kita sedari sambil melalui liku2 kehidupan yang bermacam2 masalah dan rintangan.Jadi jika tiada manusia hidup tanpa peperangan atau perkelahian maka itu bukan lah kehidupan,sebaliknya merampas kehidupan orang yang tidak berdosa.Masih ada lagi kah harapan buat saudara2 Islam kita disana? Masih adakah lagi kedamaian utk mereka? Hanya manusia sendiri yang mampu mengubah kehidupan mereka snediri dan apa yang mereka buat dan apa mereka dah lakukan.Oleh itu hanya manusia sesama manusia sahaja yang mampu lakukan dan sebagai hamba Allah juga kita semua tidak terlepas dari dugaanNya dan semua dugaanNya itu adalah di luar kawalan kita dan kita tidak mampu mengawal dugaanNya melainkan Allah.Sebagai tatapan memori dan kenangan masa2 lalu jaikan lah sebagai pengajaran dan bukannya dendam malah memperbaiki lebih baik dari memusnahkannya.

Friday, December 4, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA....


Agak lama juga aku tidak mencoret dan meluahkan curahan rasa di blog aku ini tapi aku tidak lagi kesepian dan keseorang melayan emosi aku yang agak bercelaruan dulu.Maka muncul seorang bidadari yang telah memberikan aku semula "kehidupan" dan kegembiraan yang setelah sekian lama aku dambakan.Hanya dia sahaja lah yang menjadi titik terakhir dalam hidup aku dan aku tak kan persiakan segala harapan dan impian.