Wednesday, June 17, 2009

MUZIK CUMA HIBURAN SEMATA2


Semasa mula-mula teruja dengan pengaruh muzik punk rock,hardcore,heavy metal dan indie..aku dapat merasakan satu aura yang buat aku melekat terus dengan irama sebegini.Aku jadi tak tentu arah sehinggakan imej pemakaian ku terus berubah sama sekali,namun begitu setiap zaman berubah perlahan2 tanpa kita sedar.Begitulah juga kita manusia,namun bgitu...semua ini hanya sementara dan keseronokan yang kita kecapi ini tidak lah kekal lama...hanya sekadar mengisi kekosongan sementara.Muzik adalah sumber inspirasi dan sumber ilham selain dari mambaca ayat-ayat suci AL-QURAN,berhibur sambil berilmu..dan bukannya sekadar kekosongan.Jadi jangan anggap muzik itu sebagai satu "benda yang boleh merosakkan" kerana perasaan negatif itu hanya ada pada golongan2 mereka yang terlalu cetek pengetahuan sastera dalam hidup mereka...yang mereka tahu hanya mencerca dan mengeji serta meludah sesuka ahti membabi buta tanpa kita sedari...

Sunday, June 7, 2009

AKU SIBUK




Maaf kalian semua yang selalu mengikuti blog aku ini..sebenarnya aku bukan malas nak updated blog atau tambah bahan2 utk korang semua..cuma aku sekarang sangat sibuk dgn produksi band2 aku dan mulakan segala plan2 dalam production aku yang telah sekian lama tergendala..oleh itu,harap korang semua bersabar dan nantikan segala perkembangan2 terbaru dan segala update2 terkini dari aku ok...terima kasih semua yang menyokong aku selama ini..Semoga Tuhan saja membalas budi baik korang semua...

Sunday, December 7, 2008

HATIKEHATI SHOWCASE UNPLUGGED '08








Motif utama atau tujuan gig unplugged ini diadakan di Kota Bharu,Kelantan adalah bagi bertujuan untuk menghiburkan serta mendedahkan pada umum tentang band2 indie yang terdapat di Kelantan iaitu "muzik hiburan kelantan untuk anak-anak Kelantan". Lokasi bertempat di dewan serbaguna REAL 7 Futsal,Pasir Tumboh Kota Bharu pada 6 Disember 2008 lepas. Antara band2 indie yang membuat persembahan ialah DAISYHONEY,THE SILENT MELODY,BASO LAYE,BALADEWA KB,THE WANS, MIXOLYDIANS dan ramai lagi dan juga MISSING CHAPTER yang sepatutnya datang membuat persembahan terpaksa menarik diri atas disebabkan keadaan cuaca yang agak teruk semalam di Kelantan. Turut juga mendapat liputan luas oleh krew rancangan REMAJA TV3. Gig ini di turut dijaya kan oleh rakan2 artis yang lain serta organiser2 yang bertungkus lumus untuk melancarkan perjalanan gig pada hari itu.

Tuesday, November 18, 2008

KONSERT 3rd ANNIVERSARY FLY.FM



Bertempat di One Utama,aku dan member2 YT yang lain turun padang semata2 nak "head baging" dan menggila sam2. Haha...konsert free beb! saper tak nak tengok kan? Band lak
semua local2 yang famous dan agak "poyo" sedikit. Hehe, biasalah nak market stesen radio memang camtu. Banyak jugak band2 yang ada seperti Meet Uncle Hussain, One Buck Short, Bittersweet, Estranged dan Hujan. Semua yang datang stok2 dah expert kaki gig dah,berterabur masa tu lari lintang pukang tak cukup tanah..hahaha.Namun pada masa Meet Uncle Hussain ingin melabuhkan tirainya, tak semana2 ada babak2 dan adegan2 di sekitar crowd yang kurang menyenangkan. Biasa lah kes gaduh apa lagi kan...Aku nasib baik tak berangkut skali masa tu, kalau tak dengan aku-aku masak skali..hahahaha...Thanks a lot for all my YT friends Tasya,Bell,Burn,Shahrul,AJ,Mirul dan Bong. You all guys ROCK man!!

Monday, October 6, 2008

KB KIDS Seni Festival '08 DI KOTA BHARU KELANTAN



Terima kasih tak terhingga buat KB KIDS yang telah berjaya menganjurkan satu event yang selama ini sememangnya ditunggu2 dan diidam2kan oleh semua pencinta seni indie di Kelantan yang tercinta ini. Dengan penuh rasa bangga dan kesyukuran akhirnya semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau rusuhan atau segala halangan yang tidak diingini. Dengan berbekalkan semangat setiakawan dan saling tolong menolong sesama teman2 seperjuangan disini, kita sama2 berusaha merealisasikan acara2 yang seumpama ini seperti di tempat2 lain misalnya sebab selama ini di Kelantan sememangnya amat terkenal dengan "pemerintahan kuku besi" kerajaan disini dan amat tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan yang dianggap "zalim dan kejam" jika di fikirkan secara logik. Apa2 pun dengan ihsan kerajaan negeri yang sentiasa memahami kehendak muda - mudi dan para pencinta seni disini akhirnya kami dengan penuh rasa bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan negeri kerana sudi memberi sumbangan yang amat bererti buat golongan2 seperti kami. Semoga acara2 yang seumpama ini dapat di adakan lagi pada masa2 yang akan datang insyaallah jika di rancang dan diatur dalam mengikut prosedur yang betul dan di benarkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Tahniah dan Syabas buat KB KIDS kerana sudi menaja booth2 yang ada pada hari itu dan memberi komitment yang penuh bagi menjayakan acara ini. Kami di GOMOGiE! merasa sangat teruja dan ingin sentiasa "ringan tulang" menaja segala keperluan yang diperluakn oleh mereka.Terima Kasih sekali lagi :)